Sunday, March 15, 2009

BERITA DARI CALON BEBAS – BUKIT SELAMBAU

BERITA DARI CALON BEBAS – BUKIT SELAMBAU
14 MAR 2009

Calon bebas mengadu dan meluahkan perasaan terhadap ketidakadilan pihak kerajaan barisan nasional dalam pembentangan mini bajet yang lalu. Beliau berpendapat bahawa pihak kerajaan tidak membuat analisis akan kemahuan dan kehendak rakyat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Beliau ingin menarik perhatian semua akan peruntukan kerajaan sebanyak RM 60 Bilion. Adakah peruntukan itu dimanafaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat.

Beliau mengulas lanjut akan tindakan kerajaan menaikkan levy pekerja asing. Adakah kerajaan bersikap adil dalam hal ini. Kerajaan berpendapat, dengan meningkatkan bayaran levy tersebut dapat menyelesaikan masalah dan membantu melindungi hak pekerja tempatan. Tetapi adakah kerejaan berfikir akan kesan terhadap pengusaha-pengusaha industri kecil? Mereka terpaksa menanggung beban yang lebih berat dengan tindakan kerajaan ini. Mereka terpaksa membayar bayaran levy kepada kerajaan sebanyak 2 kali ganda. Jika dahulu mereka perlu membayar levy sebanyak RM 1,200.00 dan sekarang meningkat kepada RM 2,400.00. Tindakan ini telah menyebabkan pihak pengusaha industri kecil terpaksa mengeluarkan budget yang tinggi. Bukankah itu membebankan?

Jika benar niat kerajaan adalah ingin melindungi kepentingan pekerja tempatan, kenapa kerajaan tidak menghantar balik semua pendatang asing yang sedia ada di negara ini. Hanya dengan cara ini saja dapat membuka peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan. Selagi ada pekerja asing dalam negara kita, selagi itulah ia mengelapkan masa depan pekerja tempatan. Sebagai contohnya : jika satu kilang mempunyai 150 pekerja tempatan dan 150 pekerja asing, jika dihantar pekerja asing tersebut balik ke negara asal maka wujudlah kekosongan untuk pekerja tempatan tetapi jika levy dinaikkan kedudukan tetap sama kerana persoalannya adalah sama kerana 150 tetap milik pekerja asing tersebut.

Hakikat yang sebenarnya adalah kerajaan tidak focus akan perkara ini. Kerajaan hanya tahu menaikkan bayaran levy sedangkan tindakan mereka itu hanya akan membebankan lagi pengusaha-pengusaha industri kecil. Malahan akibat kenaikkan ini juga akan mengakibatkan kilang-kilang akan ditutup. Akhirnya pekerja tempatan akan terus tiada pekerjaan.

Tindakan kerajaan menaikkan bayaran levy yang tinggi juga akan sedikit sebanyak menyumbang kepada tindakan pengusaha mencari jalan mudah dan singkat dengan mengambil pekerja asing secara haram. Adakah itu yang kerajaan mahu?

Sekali lagi beliau menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu bagi memahami rakyat sebelum membuat bajet untuk rakyat, bukannya hanya mengaambil kira pendapat individu tertentu sahaja. Ini kerana sebarang keputusan yang dibuat adalah melibatkan kepentingan umum.

Pihak pengusaha industri kecil terpaksa memikirkan bermacam cara untuk terus hidup, contohnya dari asal kerja 6 hari seminggu di jadikan kerja 4 hari seminggu dan bermacam-macam lagi selagi terdaya, tetapi jika kerajaan tidak fikirkan sesuatu, maka pengusaha-pengusaha tersebut akan terpaksa mengalami kesudahan yang tidak baik.

Dalam keadaan ekonomi global yang teruk ini, kita telah kekurangan pelabur-pelabur yang besar. Harapan hanya kini disandarkan kepada pelabur-pelabur kecil dan jika itu juga kita tidak dapat menjaga sebaiknya maka lama kelamaan kita akan kehilangannya.

Akhir kata, beliau menyeru supaya kerajaan dapat mengurungkan bebanan yang ditanggung dan bukannya menambahkan bebanan yang sedia ada. Kini harapan yang ada adalah mengharapkan kerajaan bersama-sama bagi membantu memulihkan ekonomi negara tanpa tiada penindasan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment