Monday, March 23, 2009

manifesto saudara Tan Hock Huat



MANIFESTO DARIPADA SAUDARA TAN HOCK HUAT,
CALON BEBAS (N25) BUKIT SELAMBAU
TARIKH :23 MAC2009



PENDAHULUAN
Semasa pilihanraya pada Mac 8, 2008 pengundi-pengundi telah menghantar satu mesej yang sangat ketara iaitu mereka telah berasa bosan terhadap kerajaan dan mahu perubahan besar dengan segera. BN terlalu terbawa dalam arus kekuasaan politik. BN telah membelakangkan urusan ekonomi Negara dan setempat, tidak peka terhadap kesusahan rakyat. Rasuah semakin berleluasa. Pilihan raya dulu menampakkan kuasa pengundi tetapi kerajaan masih tidak boleh menerima hakikat itu. Selepas pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Kerajaan Barisan Nasional masih tidak mahu berubah lagi. Mereka bersikap degil dan angkuh. Orang berasuah digunakan untuk kekuasaan politik. Budaya rasuah tidak mungkin dihapuskan kerana rasuah sudah dibudayakan secara mendalam oleh BN. Tambahan pula, politik BN bercelaru dan politik PKR tidak tentu arah selepas pilihanraya Mac 8, 2008. Negara dihentam oleh gelombang ekonomi buruk seluruh dunia. BN dan PKR bercakaran, rakyat diabaikan dalam mengejar kekuasaan politik mereka. Selain itu, krisis politik di Perak telah membuktikan BN dan PKR tidak mempedulikan rakyat, raja dan ekonomi negara. Mereka juga telah membelakangkan Rukunegara. Seterusnya mereka juga memburukkan lagi keadaan ekonomi negara yang kian tenat. Kuasa adalah MAHA penting kepada pemimpin yang sedia ada dari segala-galanya. Dengan sebab-sebab itu, saudara Tan Hock Huat bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau demi menegakkan keadilan dan kepentingan bagi pihak rakyat.

SIAPA DAN APA DIA WAKIL RAKYAT (WR) YANG SEDIA ADA
Perkataan Wakil Rakyat sudah tercemar-Kotor!, Murah dan tidak dihormati. Wakil Rakyat boleh dibeli, sedia melompat apabila harga tawaran sangat menarik. WR dimaksudkan sebagai KATAK. WR diibaratkan haiwan di dalam zoo di sidang parlimen. Kanak-kanak sekolah juga beranggapan sedemikian. Rakyat jelata bekerja keras untuk membayar gaji kepada baduk-baduk ini. Adakah ini yang kita mahu? Tuan-tuan dan Puan-puan di Bukit Selambau, buatlah keputusan bijak. Saudara Tan Hock Huat mampu mengubah keadaan ini dengan adanya sokongan tuan-tuan dan puan-puan. Kita pasti melahirkan seorang WR mithali atau contohi di Bukit Selambau. Kita memastikan bahawa beliau akan mencetuskan perubahan budaya politik yang negatif dan jijik ini kepada budaya yang positif dan bersih di segenap pelusuk negara ini. Pilih masa depan anda!

CIRI-CIRI SEORANG WAKIL RAKYAT
Wakil Rakyat yang berwibawa adalah sangat penting. Dia mestilah:-
- Tidak rasuah
- Tidak berbudayakan perkauman dan sentiasa menimbulkan isu-isu emosional.
- Tidak memperjuangkan perkara-perkara jangka pendek dan kepentingan diri.
- Tidak mempunyai minda yang sempit.
- Mempunyai kehidupan yang bahagia, beriman, cinta kepada negara
- Mempunyai daya intelek untuk membicarakan kehendak dan pemikiran golongan muda yang
berpelajaran.
- Mempunyai misi untuk rakyat dan negara serta bersungguh-sungguh berjuang untuk rakyat.
Saudara Tan Hock Huat mempunyai ciri-ciri yang harus ada pada seorang Wakil Rakyat iaitu:-
- Seorang yang berjiwa rakyat dan memahami penderitaan rakyat.
- Seorang yang berakhlak tinggi dan benci pada rasuah.
- Seorang yang tahu selok-belok rasuah dalam politik dan pentadbiran negara.
- Seorang yang bijak dan pintar dalam membuahkan dan mengetengahkan idea-idea untuk kita
semua.
- Seorang yang berjaya dalam kehidupan.
- Memahami kesusahan peniaga. Lebih-lebih lagi dalam keadaan mencabar seperti sekarang.
- Memahami kesulitan jentera takbir kerajaan kerana dibelenggu oleh sistem birokrasi dan
politik tempatan.
MATLAMAT
- Mendukung Rukunegara
- Menolak rasuah
- Menghapuskan budaya politik lompat.
- Menegakkan keadilan
- Menolak isu-isu perkauman dan memperjuangkan isu-isu kenegarawan
- Memulihkan keadaan sosial dan ekonomi masyarakat
- Memperjuangkan hak rakyat
- Mewujudkan masyarakat yang maju, makmur dan harmoni
- Mewujudkan politik tanpa pagar
- Mewujudkan kuasa ketiga supaya dapat menyelaraskan jentera pemerintahan

VISI
Berwawasan untuk membentuk budaya politik baru:-
- Mencegah “Budaya Rasuah” yang berakar umbi dalam Negara ini.
* Memperjuangkan kesedaran rakyat tentang najis rasuah yang berleluasa
dalam Negara
* Najis ini telah mengakibatkan kos kehidupan yang tinggi kepada rakyat.
*Rakyat mahu hapuskan rasuah dan individu yang terlibat dalam rasuah.
- Membawa perubahan dalam budaya Politik lompat
* Demi rakyat kita akan mengubah politik persengketaan kepada persaudaraan
di antara parti-parti politik.
* Demi rakyat kita akan menyatukan kebijaksanaan di antara kita, tidak kira dari
parti mana ia bermula
- Memperjuangkan kesaksamaan di antara rakyat.
* Adil dalam membahagi-bahagikan kemudahan dan kekayaan. Tidak kira
perbezaan politik, agama dan bangsa ataupun jantina.
* Adil di kalangan rakyat dari sudut undang-undang dan hak kemanusiaan.
* Telus dalam semua aspek pembangunan. Elakkan prasangka dan agenda-
agenda tersembunyi.
- Menanamkan nilai-nilai murni dalam budaya politik rakyat
* Budaya Cintakan Negara, Agama, Raja dan sesama kita.
* Kemerdekaan rakyat dari pemikiran sempit yang diwarwarkan oleh parti-parti
politik sekarang.
- Mewujudkan satu kuasa ketiga demi masa depan
*mengumpulkan calon-calon bebas sebagai satu barisan bebas yang
mempunyai ideologi yang sama supaya bermanfaat kepada rakyat.

PELAN TINDAKAN
- Mendukung Rukunegara, Menghapuskan budaya politik dan Menegakkan keadilan:-
*sentiasa menjalankan tugas dengan berpandukan prinsip-prinsip Rukunegara
- Turun ke padang untuk mengenalpasti masalah rakyat:-
* Mengadakan perjumpaan yang kerap untuk mengenalpasti isu- isu setiap golongan rakyat.
* Menyalurkan maklumat-maklumat kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan
selanjutnya.
* Sentiasa memantau perkembangan isu-isu yang telah dibangkitkan sehingga penyelesaian
dicapai dengan segera.
- Melibatkan golongan cerdik pandai, profesional dan NGO dalam penggubalan konsep dan
program dasar di samping menubuhkan jawatankuasa yang berasingan seperti:-
-Biro Aduan & Maklumat
-Biro Ekonomi
-Biro Kebajikan
-Biro Kesihatan
-Biro Perancang Masyarakat
-Biro Pendidikan
-Biro Belia dan Sukan
*Mengenalpasti dasar-dasar baru berdasarkan keputusan daripada proses 'Brain Storming'
jawatankuasa.
*Mendapatkan maklumbalas daripada rakyat umum sebelum mengemukakan dasar-dasar
baru pihak kerajaan.
- Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri sebaik mungkin untuk melaksanakan program-
program untuk rakyat:-
*Mengadakan 'Task Force' untuk mengumpul pandangan dan maklumbalas orang ramai
selepas pelaksanaan dasar baru.
*Mengenalpasti pembaharuan yang perlu untuk cadangan pemulihan dasar- dasar.

2 comments:

  1. nasirr61
    Bebas tak tau lagi halatujunya,jadi bagi saya tak bolih diharap,sedangkan parti yang mempunyai halatujunya pun ahli-ahlinya berpaling tadah,tetapi parti masih utuh,lantaran itu saya harap fikir sekali lagi hasrat saudara mahu bertanding

    ReplyDelete
  2. Halatuju kita 'tetap' untuk mewujudkan kuasa ke- 3,kita mempunyai IDEOLOGI yang berbeza dengan parti-parti lain. Manifesto kita jelas dengan matlamat dan tindakan untuk menjayakannya berbanding dengan parti-parti lain yang hanya ada matlamat dan tidak ada tindakan.

    ReplyDelete