Sunday, March 8, 2009

Sidang Media 08-03-2009

Pada hari ini, saya Tan Hock Huat ingin menyampaikan satu perjuangan baru iaitu saya akan bertanding di pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April ini sebagai calon bebas.


Di samping itu, majlis ini juga melancarkan laman blogspot -- http://bukitselambaubb.blogspot.com/ dan http://www.bebasbukitselambau.com bagi pengundi-pengundi Bukit Selambau supaya mereka dapat berkomunikasi dengan bilik gerakan kami secara yang lebih mudah, cepat dan berkesan.



Saya juga meminta tuan-tuan dan puan-puan, penduduk-penduduk sekitar, pengundi-pengundi Bukit Selambau yang mempunyai pandangan dan ideology perjuangan yang sama dengan kami, agar berkhidmat untuk masa depan generasi muda. Sertailah perjuangan kami. Kami betul-betul ikhlas meminta bantuan daripada anda semua. Pintu bilik gerakan kami sentiasa terbuka untuk anda. Marilah kita sama-sama membimbing dan memperbentulkan budaya politik masa kini.
Apakah budaya politik yang perlu kita ubahkan?

Dari 5 prinsip yang digubal pada 31 Ogos 1970, iaitu rukun negara Malaysia.



1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan



telah menunjukkan satu ideology dan satu arah tuju yang sesuai untuk kita patuhi tetapi kini budaya politik yang sedia ada telah terpesong oleh sebahagian pemimpin. Bagaimanakah kita boleh bantu mereka membetulkan budaya politik ?



1. Adakah mereka setia kepada Raja dan Negara ?
2. Adakah mereka menghormati undang-undang tertinggi Malaysia iaitu Perlembagaan ?
3. Adakah mereka mematuhi undang-undang ?
4. Adakah mereka mempunyai ciri kesopanan dan kesusilaan yang harus ada pada seorang
pemimpin ?

Adakah pemimpin yang sedia ada faham yang mereka telah terpesong ? Biasanya orang yang telah terpesong tidak akan mengakui kesesatan mereka kerana mereka tidak menyedari mereka telah terpesong.



Oleh kerana itu, gunalah kertas undi anda dengan bijak untuk membimbing dan membetulkan budaya politik sekarang. Dengan ini, kita perlu menghantar satu mesej kepada mereka dengan mengundi calon bebas iaitu saya Tan Hock Huat. Ini kerana kita mendukung rukun negara Malaysia.


Sekali lagi, kami meminta para hadirin yang mempunyai ideology, arah tuju dan perjuangan yang sama dengan kita dapat menyumbangkan pendapat masing-masing supaya perjuangan kami akan berhasil demi kepentingan semua dan generasi akan datang.



Akhirnya, kami akan memastikan supaya dapat menghapuskan budaya lompat dan menolak politik wang.



Di sini, kami ada satu acara untuk membuktikan bahawa kami tidak berhujah sahaja malah kami membuktikan dengan perbuatan kami.

1 comment: